Monday, September 12, 2011

Kepentingan Reputasi

Soalan: Adakah reputasi itu penting?

Aku pun tidak tahu jawapan yang tepat kepada soalan ini. Bagi aku, apa yang penting bagi diri aku ialah maruah aku. Maruah sebagai seorang Muslim, seorang wanita dan juga seorang Melayu.

Kenapa perlu membenarkan maruah kita dipijak2 oleh orang lain? Kenapa tega menghina orang lain kerana dia tidak mahu mengikut acuan hidup yang kita tentukan? Siapa kita untuk menentukan orang lain mesti mendengar arahan kita?

Ramai orang lebih mementingkan pandangan orang lain kepada dirinya sendiri sebelum memikirkan apakah pandangannya kepada diri sendiri. Mengapa begini? Ada pepatah orang lama: Biar mati anak jangan mati adat. Aku tidak bermaksud untuk meremehkan peribahasa orang lama. Tapi, bagi aku, biar hina di mata manusia, jangan hina di sisi Allah. Itu yang utama sebenarnya. Bukan pandangan boss kita. Bukan pandangan kawan kita. Bukan juga pandangan jiran kita. Apabila kita menjadi hamba Allah yang patuh, insya Allah, secara automatik kita akan menjadi insan yang baik. Apabila hubungan kita dengan Allah terpelihara, insya Allah hubungan kita dengan makhluk lain akan baik.

Apabila dihina, maruah kita di injak2 dan reputasi kita diburuk2an, bukanlah masa untuk meratapi nasib diri. Moleklah kiranya kita menghitung dan muhasabah diri kita sendiri. Adakah kita pernah melakukan perkara yang sama di masa silam kepada orang lain? Adakah kita pernah melukai orang lain seperti mana kita dilukai sekarang? Benar, tidak baik menangisi masa silam. Tapi apa lah gunanya masa silam apabila kita tidak belajar sesuatu dari masa silam itu?

Satu perkara lagi, kalau kita hidup di dunia ini, adalah elok sekiranya kita bergantung kepada Allah dan bukan kepada hambaNya. Apalah ertinya hidup jika menjadi parasit dan sering menyusahkan orang lain? Ada pepatah mengatakan: If you want something done right, do it yourself. Aku suka dengan kata-kata ini. Kita mesti meletakkan kebergantungan kita kepada Allah. Manusia akan mati. Suami, isteri, anak-anak, saudara mara dan juga kawan-kawan, semuanya akan meninggalkan kita kelak. Sama ada kita pergi dulu atau mereka pergi dulu. Kenapa perlu berbangga dengan mereka semua? Sedangkan mereka hanyalah pinjaman? Manakala harta benda dan kekayaan itu juga pinjaman. Kita lahir ke dunia tanpa seurat benang dan kita akan pergi hanya dengan sehelai kain kapan. Adakah kita mampu membawa segala harta benda kita masuk menemani kita?

Ilmu yang ada, walaupun banyak, kalau tidak dimanfaatkan, akan menjadi saksi menuntut keadilan daripada kita di akhirat kelak. Moleklah jika kita mengamalkan apa yang kita ada. Practise what you preach. Jangan jadi hipokrit. Jangan memburukkan reputasi orang lain. Kelak, di akhirat kelak akan ada balasannya. Jangan mudah memijak maruah orang lain!

No comments:

Post a Comment