Wednesday, March 20, 2013

Kawan Menangis

Assalamualaikum.

Entry ini, tajuknya ditulis sudah sekian lama. Kira saya, pada tahun 2012. Tahun dugaan yang begitu hebat bagi saya. Drama2 lewat sebelum itu, 2003, 2004 dan 2008, tidak sehebat 2012, pada hemat saya.

Kawan menangis? Sukar dicari dalam dunia ini. Sejuta, mungkin ada beberapa orang sahaja. Kawan ketawa memang ramai, tapi bila dunia kita kelihatan gelap, sukar untuk mencari kawan yang akan kekal disamping kita.

Saya rasa, saya amat bertuah. Mungkin kerana saya terlalu memilih kawan2 maka, walaupun saya tidak ramai kawan, yang berada di sekeliling saya adalah sangat baik. Sangat memahami. Dan saya sayang kamu semua. Tatkala dunia mengeji saya dan lebih gemar mendengar berita2 yang belum tentu benar, kalian memilih untuk bertanya apa sebenarnya berlaku. Dan memilih untuk memahami apabila saya tidak mahu berkata apa2 kerana terlalu lelah. Saya lelah untuk memberi penjelasan daripada A - Z. Saya mahu masuk ke dalam gua dan berlindung daripada ribut petir yang merupakan hidup saya pada waktu itu.

Kini. Siapa kata, walaupun kita telah melalui kepahitan demi kepahitan, kita akan kebal. Siapa kata, walaupun kita fikir kita sudah imun pada semua tohmahan. Saya lebih senang berdiam diri apabila orang lebih gemar mengeji. Biarkan mereka menghakimi diri saya. Yang penting saya tahu siapa diri saya. Ingat, orang yang melukakan hati orang lain akan bertemu hari yang penuh kelukaan suatu hari kelak.

Berdiam diri bukan bermakna saya mengalah. Kerana apabila yang kita ucapkan dan tuliskan itu akan melukai hati orang, lantas untuk apa diucap dan ditulis? Jika kita berfikir, apa yang kita ucapkan dan apa yang kita tulis itu akan melukai kita, lantas, usahlah diucapkan dan dititip kepada orang lain.

Saya tidak pasti apa yang menanti saya pada masa hadapan. Namun, semoga saya terus bertabah menghadapinya. Semoga kita semua mendapat kesudahan yang baik hendaknya, Amin.

Sesungguhnya, harga syurga itu adalah mahal. Apabila diuji, itu maknanya kita memang layak dan mampu menghadapinya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Carilah kasih sayang dan redha Allah, nescaya kita akan bahagia dunia dan akhirat. Kerna, kawan2 menangis itu adalah kurniaan daripadaNya jua.

Terima kasih sahabat!


Wassalam.







No comments:

Post a Comment