Saturday, July 27, 2013

Sudah hampir ke penghujungnya

Assalamualaikum.

Petanda Ramadhan hampir melabuhkan tirainya ialah apabila kita telah menyambut Nuzul Quran bagi hemat saya.

Soalan yang perlu ditanya: apakah Ramadhan kali ini telah mengubah kita menjadi lebih baik?

Adakah hati kita yang selama ini selalu berburuk sangka pada orang lain telah melalui transformasi kepada senantiasa berbaik sangka?

Sejujurnya, saya masih berusaha. Berusaha untuk berubah. Berusaha untuk bersabar. Tapi, walaupun syaitan sudah dirantai, sesungguhnya saya masih berperang dengan nafsu. Nafsu tatkala membeli juadah. Nafsu tatkala kemarahan membuak-buak. Nafsu berburuk sangka.

Jadi bagaimana? Ya... Jalan mujahaddah memang payah. Jalan ke syurga memang dihiasi dengan kesusahan, manakala jalan ke neraka, dihiasi dengan keindahan. Justeru, adakah kita mahu 'membayar' di sini atau di sana?

Ayuh, tepuk dada, tanya iman.

http://m.youtube.com/watch?v=z3WrhrBA0FA



Wassalam.

Love,
WR,
K.trg,
Msia.
2032

No comments:

Post a Comment