Monday, August 1, 2011

Menghapus Jejakmu (BM entry)


Saya sedang mendengar lagu Peterpan Menghapus Jejakmu. Sebenarnya lagu ni tentang lagu cinta, kot? Tapi saya rasa lagu ni sangat sesuai dengan situasi saya sekarang. Ani, lupakan kisah sedih dan menyakitkan hati. Teruskan melangkah. Sesekali kita menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar tidak mengapa, tapi untuk tenggelam dalam kesedihan, itu adalah tidak bagus untuk jiwa kita...


Mengapa perlu meratap nasib? Allah tidak akan memberatkan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu pikul. Benar, adalah sukar untuk terus tersenyum, sedangkan kita mahu menangis dan menjerit dan meyepak seseorang atau sesuatu, tapi.... hentikan kesedihan dan kemarahan. Apabila hendak marah atau mengumpat, berhenti dan tarik nafas. Banyakkan membaca bahan berguna, tak kisah buku cerita, motivasi atau majalah. Bacalah....tidak rugi kita meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk menambahkan ilmu disamping merehatkan minda.


Utamakan orang tersayang, keluarga, kawan, kekasih? heheheheh....


Hidup di dunia sekadar persinggahan. Jangan menyesal di kemudian hari kelak....


(saya pun tak pasti kenapa saya menulis dalam BM. Tapi sekali sekala tidak salah menukar arah kan? Harap orang dapat memahami bahasa Melayu saya yang agak tidak enak ini!)
 
"Tak semua orang faham apa yang ada di hati kita. Kerana itu, kita perlu sandarkan harapan kita hanya pada Allah semata... Bersabarlah...."       - Internet
 
"Things happen for many reasons. One of them is to make us strong: emotionally, spritually and physically"
- Najlah Ishak
 
"Kita perlukan seorang guru / mentor untuk mengeluarkan akhlak buruk kita dalam diri untuk digantikan dengan akhlak baik"   - Imam Ghazali
 
"Hati kita akan merasa tidak senang apabila kita membawa sampah kotor dan busuk ke mana-mana sahaja kita pergi. Beginilah rasanya apabila kita menyimpan rasa benci dan marah pada orang lain. BUANGLAH perasaan itu kerana ia hanya akan membebankan kita. Perkara yang kotor, busuk dan buruk tidak harus disimpan dan dibawa ke mana-mana pun bersama kita" - WMA( Wan Muhd Ali)

No comments:

Post a Comment