Saturday, August 25, 2012

Perkongsian Maklumat Pemakanan

Assalamualaikum.

Ini dia info yg saya salin masa jumpa dietician last year:

A. fruits(one serving/day):
apple - 1 biji
limau - 1 biji
mangga - 1 biji
jambu batu - 1/2 biji
tembikai/ betik/ honey dew - 1 potong
anggur - 8-10 biji
kiwi - 1 biji
pear/lai - 1 biji
nanas - sehiris
pisang - 1 biji saiz pisang mas
durian - 1 ulas
------->makan before makan nasi buah2an ini.

B. karbohidrat:
oat yang dimasak dan bukan instant
beras perang
cornflakes
biskut bijiran penuh
gardenia breakthru
bihun
nasi 2 senduk (2 kali sehari - beras perang+beras biasa)

C. protein
daging - 2 keping
ayam - saiz kotak mancis seketul
ikan - seekor sehari
susu - rendah lemak 2 gelas sehari

D. pantang larang:
kurangkan kicap manis
tidak boleh makan sos untuk darah tinggi
untuk tahan lapar makan banyak serat/fiber
sayuran bagus - 3 kali sehari: sup sayur semangkuk/1.5 cawan
ulaman pun bagus

E. makanan cepat serat gula:
ketupat pulut
pulut panggang
nasi dagang
sunquick
kordial

F. lemak:
masak gunakan: minyak jagung+minyak sawit

G. kacang:
kacang soya - tempe (2 keping), tauhu.

----> make sure kira kalori and anggaran kalori sehari is: 1500 kalori/day

-----> untuk menurunkan berat badan yang sihat is:
10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.


***attention! Ini nasihat pakar diet tu untuk saya yg punya kandungan glukose tinggi dalam darah. untuk orang normal, rasanya tidak begitu strict sebegini.

harap maklumat ini berguna utk anda semua.if anda ada suggestion untuk saya, boleh kita share sama2 ya!

okay. 
take care!

Wassalam.


No comments:

Post a Comment