Monday, August 20, 2012

Bersangka Baik

Assalamualaikum.

Iya anak2...bertemu lagi kita di sesi luahana hati makcik Ani...(hahahaha...iya, saya sudah sedar yang saya sudah tua...dulu if budak2 kecik selalu suruh panggil Kak Ani. Sekarang sudah masuk fasa Makcik Ani. Lepas ni kena panggil Tok Ani pulak....Terasa tua, tapi itulah hakikat hidup...terpaksa terima walau kadang2 rasa - eh, saya ni masih berumur 17, 25, etc...gitu....heheheh)

Sebelum saya melalut, baiklah saya ceritakan apa yang berlaku pada saya hari ini. 

Begini, anak2 dan adik2. Seperti yang kita sedia maklum, jalanraya, stesen minyak ketika cuti raya sangatlah banyak kereta. Dan ketika ini la kita hendak berjalan-jalan mengunjungi keluarga dan kawan2. Tayar angin mestilah diisi kan kawan2. Jika tak cukup angin akan bahaya dan boleh mengundang kemalangan. (Ini budak kecik pun tau, kot?).

Tayar kereta saya telah kempis akibat tidak begitu rajin diisi oleh tuannya iaitu saya. Jadi pada hari ni, sebelum saya menjelajah tanah jajahan Terengganu ini, saya dan sepupu dan kakak saya telah ke stesen minyak untuk mengisi angin tayar kereta. Kami terpaksa menunggu sebuah kereta Proton Saga BLM mengisi anginnya. Jadi apa yang perlu kita buat kawan2 dan adik2? Ya, beratur okay? Ni nilai murni yang telah diajar oleh kami cikgu2 di sekolah, namun agak sukar untuk diamalkan oleh murid2 entah kenapa.... setelah pemandu Proton itu selesai mengisi angin tayar, kami pun bersiap untuk mengambil giliran kami. Malangnya sebuah motorsikal telah mencelah masuk. 

Saya pantang melihat budak memintas barisan dan berasa sangat marah. Jika diikutkan nafsu amarah itu, ingin saja saya memberikan 'nasihat' kepada adik muda itu. Dan memang telah terlepas pun perkataan tidak elok di dalam kereta dari mulut saya kepada adik muda itu.

Namun, apa yang berlaku selepas itu begitu menginsafkan saya yang lemah dan cepat marah ini. Adik muda itu telah menolong kami mengisi angin tayar kereta kami setelah kakak saya meminta bantuannya. Bukan semua adik muda akan menolong sebegitu pada kira saya. Alangkah buruknya perangai saya kerana bersangka buruk kepadanya sebab selepas itu dia telah menolong saya. 

Jadi apa pengajarannya anak2 dan adik2? 

Semua benda, orang, peristiwa, kejadian, etc, semua ada sisi hitam dan sisi putih. Jangan terlalu pantas menilai orang terutamanya daripada luaran. Seperti kes adik muda tadi, mungkin dia memotong barisan kerana dia ada hal penting contohnya perlu membeli sesuatu yang dipesan ibunya. Kita bukan Tuhan untuk menilai orang lain sbb kita tiada kuasa psikik untk membaca akal dan hati orang lain. Kadang2 orang tu mungkin kasar luarannya, bercakap lepas  dan bukanlah lemah lembut dan ayu seperi perempuan Melayu terakhir atau romantik seperti Aaron Aziz dalam Nora Elena, tapi dalamannya siapa yang tahu... bak kata orang, dalam hati ada taman...hahahahha...

Kan ke ada pepatah mengatakan bahawa - DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER?

Jangan terlalu cepat menilai orang. Ingat tu. Okaylah.... Tu je la yang ingin Makcik Ani kongsikan di sini.....

Wassalam.

1 comment: