Sunday, August 19, 2012

Keabadian Cinta...

Assalamualaikum...

1 Syawal sudah melabuhkan tirai. Kini memasuki 2 Syawal.
Apa yang dipelajari daripada raya kali ni?

Kasih sayang dan cinta. Iya, kedua2nya itu yang telah saya perolehi setelah lama saya menyendiri selama ini, meminggirkan diri sendiri (suatu perbuatan yang kurang cerdik, ya adik2 dan anak2, jgn ikut mcm saya!).

Jangan salah faham, dan jangan sempitkan minda. Kasih sayang dan cinta, bukan terbatas pada antara lelaki dan perempuan yang menghalalkan perkahwinan itu sahaja...tetapi juga universal. Ada setengah orang tidak suka menyebut perkataan klise, tapi di sini, saya ingin menyebut, jangan anggap cinta dan kasih sayang itu klise seperti kisah Ombak Rindu itu.

Saya bukan menidakkan keperluan cinta antara suami dan isteri atau tunang etc, tapi bagi saya yang masih tidak bersedia langsung memikul tanggungjawab sebagai isteri ini, cinta yang sebegitu adalah menakutkan. Saya masih perlu belajar banyak perkara, dan jauh di sudut hati ini pun masih belum bersedia menerima gelaran ibu....heheheh...

Jadi mari la saya terangkan mengapa saya berkata2 tentang cinta dan kasih sayang pada malam yang syahdu ini. Begini. Saya tidak pernah menyangka yang saya mampu membuka hati saya untuk kasih sayang dan cinta lagi. Saya rasa semua perasaan halus dan membahagiakan itu telah pergi.

Namun, bila saya lepaskan ego saya. Dan mengakui kesilapan saya. Dan memohon maaf dengan serendah hatinya, saya rasa bahawa, saya telah membebaskan diri saya daripada kebencian dan juga kegelapan. Saya rasa saya telah dilahirkan semula. Semua ini adalah anugerah daripada Allah. 

Apabila kita telah bertekad untuk berubah, memang payah untuk melakukannya secara berterusan. Orang puteh kata - consistent, dan org Arab, kalau tak silap saya - istiqamah (tp ni saya kurang pasti sebenarnya. Maafkanlah jika tersilap sbb saya mmg kurang mahir bahasa Arab). Namun,kita kena kuatkan semangat dan terus melangkah ke hadapan. Saya pernah mendengar dari seorang penceramah yang berkata lebih kurang begini:

"Jangan sesekali berkata yang masa lampau kita adalah terlalu hitam dan lebih baik untuk kita tidak bertaubat kerana tidak yakin yang Allah akan menerima taubat kita. Kerana sesungguhnya, Saidini Umar r.a., salah seorang sahabat Nabi mempunyai masa lampau yang sangat 'berwarna-warni'. Namun, apabila beliau memeluk Islam, beliau telah menjadi orang yang sangat beriman dan bertaqwa."

Bak kata Three Days Grace dalam lagunya - Never Too Late.

Yang penting sekali, kita kena memohon petunjuk, rahmat, hidayah dan cinta dan kasih sayang daripada Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan tempat kita memohon pertolongan dan tempat mengadu segala masalah. Kita juga haruslah menginginkannya, dan bukanlah kerana paksaan.

Akhir sekali, janganlah menangis kerana ditinggalkan oleh kekasih yang fana, sebaliknya menangislah untuk meraih cinta dan kasih sayang daripada Allah, Tuhan semesta Alam. Hati di dalam dada kita itu, ciptaan Allah dan jika kita menilik2 nescaya kita akan mengakui tanda kebesaran Allah, yang mana, hati yang kecil itu, mampu menyayangi orang tanpa ada hadnya. Iaitu, had yang menyatakan, hati itu hanya boleh menyayangi seorang sahaja dalam satu masa. Jika kita mahu berfikir, kita boleh menyayangi ramai orang, malah binatang peliharaan, dan sebagainya. Tidak pernah kita akan rasa terseksa apabila kita menyayangi ramai orang pada suatu masa pun. ( Tapi awas, bagi yang berkahwin, jangan curang!heheheh).

Sebab itu Black Eyes Peas menyanyi - Where is The Love, dan Celine DIon pun ada menyebut tentang the Power of Love dan Because You Love.... banyak lagi lagu2 cinta yang kalau kita dengar pada mulanya kita sangkakan hanyalah cinta antara lelaki dan wanita, tapi sebenarnya bila kita teliti dan dalami... lebih bersifat universal. 

Jadi, kesimpulannya, memang kita lebih perlukan cinta dan kasih sayang dalam kehidupan. Dan rasa2 itu hadir dalam diri tanpa paksaan, ia adalah kurniaan Allah. Sekali ia hadir, peganglah ia agar ia tidak terlepas lagi daripada hati kita.... dan jika ia menjauh dari hati, mohonlah dengan serendah hati daripada Allah, Yang Telah Menciptakan Kita dan Pemilik Cinta sebenar kita. 


Selamat Hari Raya. Semoga amalanmu dan amalan kami diterima Allah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment