Assalamualaikum.
Sekarang ni musim kahwin nampaknya. Sana sini kenduri dengan rancak. Saya? Hanya tersenyum kambing apabila di tanya bilakah giliran saya... Sejujurnya, telah banyak kali saya katakan yang saya masih belum bersedia dan tidak tahu bilakah saya akan bersedia. Mungkin sampai bila2? Ntah la... Saya menyerahkan jodoh saya kepada Allah. Jika ada, ada. Jika tiada, mungkin di syurga nanti, insya Allah. Perancangan Allah itu lah yang terbaik.
Selama ini, disebabkan saya terlalu suka membaca ( novel romance: Judith McNaught, Julie Garwood, Eloisa James, Julia Quinn, Jill Barnett, Jude Deverauxe, Iris Johansen, Nora Roberts, etc....penat nak sebut semua...). Sedikit sebanyak saya terpengaruh dengan cerita2 fantasi ini. Mana mungkin kita akan temui seorang Duke di Malaysia? Duke of Westmoreland - A Kingdom of Dreams....hahahah...penuh angan2 sungguh saya ini...patut la kurang matang, sampai sekarang. Kita hidup di bumi realiti. Sukar untuk saya temui lelaki seperti yang ada di dalam novel2 yang saya baca itu - tall, dark and handsome. Dan tentulah juga, sangat2 kaya dan sangat2 romantik.
Sekali lagi saya mahu tertawa besar. Sebagai seorang wanita, yang saya harap semakin matang sedikit demi sedikit, saya rasa, romantik, kaya dan handsome itu - semuanya adalah bonus. Apa tujuan kita berkahwin? Untuk bahagia tentunya. Untuk mengikut sunnah Nabi pastinya. Lantaran itu, apakah yang patut kita lakukan agar perkahwinan itu kelak akan bahagia hingga ke akhirat? Pastinya kita mesti berkahwin mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Perkahwinan bermula dengan akad nikah. Itu adalah perkara yang wajib. Dan adalah dituntut untuk mengadakan kenduri mengatakan yang kita telah berkahwin. Namun, yang kurang manis di sini adalah apabila kita membazir dalam soal kenduri. Benar, kita ingin menjamu tetamu yang hadir, tapi, bersederhanalah. Orang yang hadir tidak akan ingat lagi warna tema baju kita 10 tahun akan datang. Tapi mereka akan sibuk bercakap jika perkahwinan itu dilanda badai.
Saya pernah menghadiri satu kenduri yang mana, pihak tuan rumah meletakkan tabung derma untuk orang yang memerlukan dan tidak mengambil duit tetamunya itu. Saya sangat menghormati tuan rumah yang sebegitu. Semoga lebih ramai orang akan mengikut contoh tuan rumah ini.
Ada org mempertikaikan, jika saya tidak mencari, manakan mungkin saya akan ketemu soulmate saya? Tapi saya sangat pemalu dalam hal ini walaupun saya kelihatan terbuka. Saya bukanlah sekaya dan secantik Siti Khadijah, setabah Fatimah dan secerdik Aishah. Saya seorang yang sukakan sederhana, sukakan buku, malu dengan orang yang baru ditemui, dan juga suka menyanyi sendirian untuk menghiburkan diri... Kadang2 saya pun tidak faham apa yang ada dalam hati saya ini. Heheheh.... Jadi, untuk memulakan hidup baru bersama insan bergelar suami, suatu yang menakutkan....

No comments:
Post a Comment