Assalamualaikum.
Jika beberapa entry sebelum ini saya tidak memulakannya dengan 'quotes' seperti biasa, izinkan saya di sini ingin meletakkan satu quotes yang menyentuh hati saya:
Jika beberapa entry sebelum ini saya tidak memulakannya dengan 'quotes' seperti biasa, izinkan saya di sini ingin meletakkan satu quotes yang menyentuh hati saya:
"Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba. Bukan tuan, apalagi Tuhan dalam hidup."
- Pahrol M.J.
Maafkan saya terlebih dahulu jika ada yang tersinggung dengan entry ini. Saya menulis entry ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebenarnya. Perkara yang saya mesti ingatkan dalam hati dan akal saya - JANGAN SOMBONG DAN TERLALU EGO. Itu perangai yang tidak baik.
Iblis sombong kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Qarun bangga dengan harta yang dimiliki. Firaun dan Namrud pula terlalu sombong dengan nikmat kuasa yang Allah kurniakan.
Saya kira, sebelum ini, ada juga terselit rasa sombong dalam diri saya, agak memandang rendah pada orang yang kurang cerdik dalam pelajaran. Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya dahulu. Dan semoga saya tidak melakukannya lagi. Bagi saya, orang yang lemah dalam pelajaran itu malas berusaha. Saya lupa sebenarnya semua itu adalah takdir. Mungkin dia telah berusaha sebaik mungkin namun tiada rezeki untuk cemerlang.
Apalah sangat sebenarnya kelulusan di atas kertas. Percaya lah cakap saya, kalau kita mendapat 10A or maybe 4.0 cgpa pun, kalau kita tidak tahu mengaplikasikan ilmu yang kita ada, itu adalah ibarat rendang tidak berbuah. Dan yang lebih penting untuk berjaya dalam hidup adalah keinginan kita sendiri.
Sudah banyak contoh kita melihat seseorang itu, mungkin sampai ke tahap child prodigy, sangat2 pandai, sangat2 bijak, IQ sangat tinggi, tapi apabila dewasa? Hanyut entah ke mana.... Dan kita ada kawan kita, pada waktu sekolah dahulu, biasa2 sahaja malah mungkin ada yang tidak tahu membaca. Namun kerana rezeki daripada Allah dan juga sifat sungguh2 nya, dia menjadi manusia yang sangat berjaya. Memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Bukanlah suatu keajaiban sebenarnya. Kerana ada ayat Quran yang bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha.
Kejayaan pula sesuatu yang relatif sebenarnya. Ada orang merasa apabila berjaya menamatkan pengajian di universiti di peringkat ijazah sudah berjaya. Ada orang merasakan selagi dia tidak mencapai kelulusan yang tertinggi dia tidak akan berhenti. Ini adalah terpulang dan subjektif sebenarnya. Bergantung kepada kemampuan masing2. Dan bukanlah kerana ini berlumba dengan kawan2 yang lain. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Bersainglah dengan diri sendiri. Cabarlah diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa. Insya Allah kita tidak akan dengki dan stress dengan hidup kita berbanding hidup orang lain. Mungkin kita melihat kawan kita itu berjaya, anak ramai, kerja besar, tapi adakah kita tahu pahit jerih yang telah dilaluinya untuk sampai ke tahap itu? Betapa air mata menitik ketika mengahrungi cabarannya itu? Sanggupkah kita untuk melalui semua yang dilaluinya itu?
Kalau cerita drama Korea itu, ayat kegemaran mereka ialah - hiduplah dengan gembira. Islam adalah ad-deen. Untuk gembira, kita kena kembali kepada Tuhan yang Memberikan Kegembiraan. Mohonlah kepada-Nya agar dilapangkan di dada dan diberi kegembiraan. Bersyukur dengan apa yang ada. Jangan mengambil mudah perkara dalam kehidupan ini ( Don't Take Things For Granted!).
Saya doakan kita semua gembira, di dunia dan di akhirat. Dan menangis dalam kegembiraan juga adalah suatu nikmat daripada Allah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment