Assalamualaikum.
Saya sebenarnya tertarik sbb saya ada ternampak soalan ini lebih kurang berbunyi -
Saya sebenarnya tertarik sbb saya ada ternampak soalan ini lebih kurang berbunyi -
"Adakah kita hamba Ramadhan dan bukan hamba Allah?"
Macam paradoks kan soalan ni? Benar, bulan Ramadhan adalah bulan seribu rahmat. Besar pahalanya melakukan amal ibadat ketika ini. Namun, adakah amalan kita itu terhenti di situ sahaja setelah Syawal datang menjenguk?
Jika dalam bulan Ramadhan anda di luar sana, ya anda di sana, boleh khatam Al-Quran dalam masa sebulan, apa salahnya jika anda meneruskan amalan ini dan khatam Al-Quran setiap bulan? Jika dalam bulan Ramadhan anda sudah bertekad tidak mahu mengumpat, alangkah bagusnya jika anda tidak mengumpat di bulan2 lain juga? etc...
Jadi, sesuai dengan status kita sebagai hamba Allah, marilah kita mengingatkan diri kita. Apabila ingin melakukan sesuatu, sesungguhnya Allah sedang melihat kita. Marilah kita melakukan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya (ini ingatan untuk diri saya juga...).
Teruskan berjalan, anak2 dan adik2....kekalkan keinginan untuk menjadi lebih baik hari ini berbanding hari semalam. Hargai apa yang anda ada, ramai lagi yang tiada makanan seimbang di luar sana, malah ada yang tiada air bersih. (juga untuk saya yg kaki shopping n kaki makan...)
No comments:
Post a Comment