Assalamualaikum.
Klise kah jika saya mengatakan - hidup ini, untuk berjaya memerlukan impian?
Tapi saya tak kisah klise atau tidak. sebab memang impian penting untuk berjaya, samada di dunia atau di akhirat. Kerana bila kita telah menetapkan hati kita untuk membuat sesuatu, kita akan mencuba dan berusaha sehabis boleh untuk mencapai matlamat dan impian kita. Dan sudah semestinya kita mesti memiliki rancangan untuk mencapai impian kita dan seterusnya bekerja mengikut rancangan itu. Seterusnya pula bertawakal kepada Allah.
Secara jujur, saya sering bertukar2 cita2 sejak kecil lagi. Kadang2 saya mahu menjadi guru, selepas itu doktor, selepas itu jurutera dan mungkin paling kelakar sekali penulis. Sebab, Bahasa Melayu saya sangatlah teruk berbanding BI (malu nak mengaku tapi ini hakikat). Kawan2 saya sekarang mentertawakan saya dan phobia saya terhadap BM. Saya siap pergi tuisyen lagi untuk kelas BM itu. Dan guru tuisyen itu juga pernah meleteri saya kerana kemalasan saya untuk menulis karangan, terutamanya karangan fakta kerana saya tidak suka memberi penerangan bla bla. Jika ia adalah karangan cerita, itu kegemaran saya kerana saya suka mengarut2 dalam karangan itu. Jadi mana mungkin cita2 sebagai penulis itu akan menjadi kenyataan? Tapi saya okay. Sebab tidak salah untuk kita berangan2 kan?
Dan saya juga pernah berangan untuk menjadi penulis seperti Arundhati Roy. Maybe sebab dia daripada India, Asia. Maaf, di sini bukannya niat saya untuk membanggakan diri, tapi semasa saya di sekolah menengah, perpustakaan awam itu adalah seperti rumah kedua saya. Saya meminjam buku beliau dari perpustakaan. Saya akui, ketika berumur 17 itu (14 tahun yang lampau), saya kurang memahami sangat bahasa yang digunakan itu. Kalau Danielle Steele ke, Julie Garwood ke, etc, mungkin bahasanya lebih mudah difahami. Namun, seperti biasa, kerana minat, saya cuba juga membaca The God of Small Things itu. Saya sudah lupa adakah saya menghabiskan buku itu atau tidak, tp saya masih ingt angan2 saya ketika itu untuk menjadi penulis yang diterbitkan oleh penerbit antarabangsa.
Syukur, sekarang sudah ada blog untuk saya mencoret sedikit sebanyak warna warni kehidupan saya. Mungkin sekejap kelabu, sekejap putih, sekejap merah dan sekejap pink. Maklum la,semuanya beraneka jenis.
Oh..saya sudah meleret sebenarnya... impian. Ya, impian memang penting dalam hidup kita ini. Bersyukur la jika kita memiliki impian dan kita sedang bekerja keras untuk mencapai impian kita. Tapi pada kiraan saya, janganlah menetapkan - cita2 saya hendak jadi kaya. Bukan, bukan, bukan. Kita kena kata - saya ingin menjadi kaya dengan cara.... contohnya bekerja di syarikat oil and gas ke? Atau mungkin ingin membuka kedai pakaian pengantin sendiri ke? Itu semua terpulang kepada minat dan kemampuan kita.

No comments:
Post a Comment