Pagi-pagi td bukak FB, lps tu ada invitation join contest. Kenapa saya join contest ni? Sbb ... saya nak mengasah skill menulis (ikhlas ke alasan ni, ke sbb nak menang seratus hinggit?). Apa2 pun sbbnya, ni la karya aku(harap leh la dpt hadiah ya?):
TAJUK: SEBUAH PERTEMUAN
I
“Johan.”
“Saya, cikgu.”
“Asiah.”
“Ada, cikgu.”
“Fatin.”
“Ada, cikgu.”
“Umar.”
“Umar?”
“Tak hadir, cikgu.”
Aku mengeluh pendek. Sudah beberapa hari muridku yang seorang ini tidak hadir. Entah mengapa ada rasa bimbang mendatangiku. Adakah kerana aku menamparnya tempoh hari menyebabkan dia tidak hadir sejak beberapa hari ini. Seingatku, Umar, walaupun bukan pelajar yang pintar, rajin datang ke sekolah, walaupun kerap lewat. Aku meneruskan tugas mengambil kedatangan. Masalah Umar aku ketepikan buat seketika.
II
“Cikgu, boleh saya dapatkan alamat Umar, murid kelas cikgu yang selalu lewat tu?” Tanyaku pada Cikgu Hamid.
“Oooo... kenapa cikgu? Umar ada buat masalah, ke? Setahu saya, Umar tu pendiam budaknya. Tapi dah dekat seminggu dia tak datang. Cikgu nak ke rumah dia ke?” Jawab Cikgu Hamid.
“Saya risau la cikgu. Dah lama dia tak datang. Mana la tau kalau dia ada apa-apa masalah.” Terangku, menjelaskan.
“Adalah apa-apa sebab tu Umar tak datang. Dia sejak kebelakangan ni macam ada masalah. Tapi bila saya tanya, dia diam je... nah, ini alamatnya. Cikgu Atikah tahu ke Kampung Jerangau Sungai ni?” Tanya Cikgu Hamid sambil menghulurkan sekeping kertas.
“Insya Allah, saya akan cuba cari.” Jawabku ringkas.
III
“Ishk, jauhnya rumah Umar ni.” Desis hatiku.
Sudah hampir 2 jam aku memandu Vivaku yang comel ini untuk mencari rumah Umar. Patutlah Umar selalu datang lewat, sayu rasa hatiku memikirkan betapa aku sering memarahi Umar selama ini. Dan Umar, begitu takut untuk memberitahuku sebab dia datang lewat. Dia hanya menikus apabila dijerkah olehku, sedangkan aku sepatutnya bertanya dengan baik.
Aku memasuki lagi satu jalan kampung yang begitu sempit dan tidak diturap. Kali ini, hanya semak samun yang terdapat di kiri dan kanan jalan. Tiada sebuah pun rumah di sini. Aku mula berasa ragu-ragu sama ada benarkah jalan ini menuju ke rumah Umar. Kira-kira 25 minit kemudian, aku menarik nafas lega.
Sebuah rumah usang tidak bercat berdiri longlai. Kelihatan agak senget rumah ini. Mungkin inilah rumahnya, tekaku di dalam hati.
Aku memberhentikan kereta dan perlahan-lahan keluar dari kereta.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam. Tidak berjawab.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam lagi. Masih tidak berjawab.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam sekali lagi.
“Waalaikumsalam.” Kedengaran lemah suara wanita yang menjawab salamku.
Aku tercari-cari dari mana datangnya suara berkenaan.
Oooo, dari tingkap rupanya. Kelihatan seorang wanita yang sedang berbaring menjenguk ke luar tingkap menerusi celah-celah jeriji tingkap kayu.
“Tumpang tanya, makcik. Ini betul ke rumah Umar?” Tanyaku pada wanita itu.
“Ya, ya. Tapi kamu ni siapa?” Lemah suara wanita itu.
“Saya ni Cikgu Atikah, cikgu Bahasa Inggeris Umar. Umar ada, makcik?”
“Umar takde, Cikgu. Naiklah cikgu. Sekejap lagi Umar balik, la... saya ni ibu Umar” Pelawa wanita itu.
“Baiklah, makcik.”
Aku menaiki tangga rumah Umar dengan berhati-hati. Aku tidak menyangka bahawa rumah Umar begitu daif. Tangganya dimakan anai-anai dan hampir roboh. Gerun juga hatiku ketika menaiki tangga rumahnya itu, namun kerana tidak mahu menyinggung perasaan ibu Umar aku beranikan diri jua.
“Apa khabar, makcik?” tanyaku memulakan perbualan. Aku duduk di tepi wanita itu dan menyalami tangannya.
“Beginilah macam cikgu tengok. Makcik dah seminggu macam ni. Jatuh kat kebun pisang hari tu, kena angin.” Sayu nada suara ibu Umar menjawab pertanyaanku.
“Ujian, makcik. Emmmm, Umar ke mana?” Tanyaku, perlahan.
“Umar kat kebun. Dialah yang menggantikan makcik sejak makcik sakit.”
“Makcik tinggal berapa orang kat rumah ni?”
“Bertiga. Makcik, Pakcik dan Umar.”
“Pakcik pun kerja kebun, ke?”
“Tak. Pakcik pemandu lori. Selalu keluar kerja luar. Umarlah yang jaga makan pakai makcik.”
“Tapi....”
“Cikgu nak kata Umar masih budak lagi? Memang dia masih kecil, baru 12 tahun. Tapi dialah satu-satunya harapan makcik... pakcik, ayah Umar, sejak makcik jatuh hari tu, dah tak hiraukan makcik. Sejak hari tu, tak pernah balik. Umar aje yang makcik ada sekarang.” Tenang ibu Umar menerangkan kepadaku.
“Tapi, makcik. Umar kena sekolah. Dia perlukan pelajaran...”
“Dah puas makcik pujuk dia ke sekolah. Tentang makcik, jangan dirisaukan. Tapi, Umar kata dia tak sedap hati. Kebun pisang tu dekat je. 10 minit je dari sini. Umar kata senang dia nak tengok-tengokkan makcik. Lagipun, kami orang susah, cikgu. Kalau makcik tak keja, Umar tak kerja, sapa nak bagi kami makan? Ayah Umar dengar khabar, dah kawin lain. Dah lama dia tak jenguk makcik sejak makcik jatuh sakit ni. Maklumlah, makcik dah tak mampu sekarang ni....”
“Saya faham keadaan makcik ni. Tapi, Umar masih kecil. Tahun ni, dia nak ambil peperiksaan UPSR. Lima bulan lagi nak periksa. Susahlah kalau Umar berhenti belajar. Sayang...”
“Umar ada bagitau makcik. Dia kata dia sedar dia tak pandai. Lebih baik dia berenti sekolah je, dia kata. Makcik tak bagi. Tapi dia macam dah nekad je. Cikgu datang ni sebab Umar dah seminggu tak datang sekolah,kan? Apakan daya makcik, Umar dah nekad. Makcik tak tau macam mana nak pujuk dia.”
“Assalamualaikum, mak oh mak. Siapa yang datang ni mak?” kedengaran suara Umar memanggil ibunya.
Tidak lama kemudian muncul Umar di ruang tamu rumahnya.
“Eh, Teacher Atikah! Kenapa Teacher ada kat sini?” Riang suara Umar menyambut kedatanganku. Dia menyalami tanganku.
“Teacher nak jenguk Umar. Ingatkan Umar sakit?”
“Saya sihat, Teacher. Tapi mak saya kurang sihat....”
“Betul ke apa yang mak awak bagitau Teacher? Umar nak berhenti sekolah?”
“Saya sedar, saya ni kurang pandai.... Baik saya berhenti sekolah je... sekarang ni mak saya sakit. Saya kena cari makan...”
“Teacher boleh usahakan. Kita mohon Jabatan Kebajikan Masyarakat. Awak mintak biasiswa, Umar.”
“Tapi saya tak pandai, Teacher. Boleh ke dapat biasiswa?”
“Insya Allah, boleh. Biasiswa bukan untuk murid pandai je, tapi untuk murid kurang mampu jugak. Lagipun, sayang Umar. Lagi 5 bulan awak nak periksa.”
Wajah Umar yang mendung sewaktu menceritakan masalahnya tadi kelihatan bersinar. Aku menarik nafas lega. Namun itu hanya sementara. Muka Umar yang ceria tadi kembali mendung.
“Tapi, mak saya macam mana, Teacher? Saya risau nak tinggalkan dia sorang-sorang. Rumah kami ni dah la terpencil. Jauh dari sekolah pulak tu....”
“Tentang mak kamu jangan risau, Umar. Mak tak apa-apa duk sorang-sorang. Lagipun, mak dah biasa. Kamu ke kebun pun mak sorang-sorang.”
“Tapi kebun dekat je... sekolah jauh.”
“Makcik, kalau ada jiran yang boleh menengok-nengok makcik ke, saudara ke?” Tanyaku.
“Cuba kamu tanya Mak Temah Umar, kalu dia sanggup datang tengok-tengokkan mak sekejap.”
“Mana rumahnya Mak Temah, makcik? Biar saya dan Umar pergi sekarang?”
“Kat luar simpang sana. Jauh skit, tapi dia la jiran terdekat kami.”
“Jom, Umar. Kita pergi sekarang.”
IV
“Tahniah, Umar! Keputusan UPSR kamu cemerlang! Lepas ni kamu nak sambung belajar kat asrama penuh tak?” Tanyaku pada Umar.
“Tak, Teacher. Saya nak jaga mak saya. Biarla saya sekolah dekat je dengan rumah... keputusan saya takkan sebagus ni tanpa bantuan Teacher kepada saya sekeluarga...” Umar menjawab dengan rendah hati.
“Kamu yang berusaha keras. Teacher cuma bagi dorongan dan panduan je...”
“Tanpa Teacher saya takkan berjaya macam ni... saya bersyukur, dapat jumpa dan jadi anak murid Teacher. Selama ini saya ingatkan Teacher benci saya. Rupanya Teacher marah-marah sayang. Thank you, Teacher. ”
Aku hampir menitikkan air mata mendengar keikhlasan dan ketulusan jawapan Umar. Memang, sebelum ini, aku tidak redha dengan pemindahanku ke kawasan pedalaman ini, sedangkan aku memohon untuk ditugaskan ke Kuala Lumpur. Namun, apabila diarahkan ke kawasan pedalaman di Hulu Terengganu, aku begitu kecewa. Kesannya, aku menjadi seorang guru yang garang. Pantang silap saja anak-anak muridku, tidak akan kulepaskan.
Pemergianku ke rumah Umar telah mengubah persepsiku kepada anak-anak muridku. Aku insaf melihat kesukaran hidup Umar. Walaupun hidup miskin, tetap bersyukur dengan apa yang ada. Begitu menghormati orang tua dan tidak menyesali takdir Tuhan. Sebenarnya aku yang patut bersyukur dengan ditakdirkan bertemu dengan Umar! Syukur, Ya Allah! Semoga Umar berjaya membawa keluarganya keluar dari kempompong kemiskinan dengan pelajaran. Umar, muridku yang bertubuh kecil tapi berjiwa besar ini begitu mengkagumkan... Ini mengingatkan aku kepada puisi tentang doa seorang jeneral.
Epilog
Tuhanku...
Bentuklah puteraku menjadi manusia yang cukup kuat untuk mengetahui kelemahannya. Dan, berani menghadapi dirinya sendiri saat dalam ketakutan.
Manusia yang bangga dan tabah dalam kekalahan.
Tetap Jujur dan rendah hati dalam kemenangan.
Bentuklah puteraku menjadi manusia yang berhasrat mewujudkan cita-citanya dan tidak hanya tenggelam dalam angan-angannya saja.
Seorang Putera yang sadar bahwa mengenal Engkau dan dirinya sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan.
Tuhanku...
Aku mohon, janganlah pimpin puteraku di jalan yang mudah dan lunak. Namun, tuntunlah dia di jalan yang penuh hambatan dan godaan, kesulitan dan tantangan.
Biarkan puteraku belajar untuk tetap berdiri di tengah badai dan senantiasa belajar
untuk mengasihi mereka yang tidak berdaya.
Ajarilah dia berhati tulus dan bercita-cita tinggi, sanggup memimpin dirinya sendiri, sebelum mempunyai kesempatan untuk memimpin orang lain.
Berikanlah hamba seorang putra yang mengerti makna tawa ceria tanpa melupakan makna tangis duka.
Putera yang berhasrat untuk menggapai masa depan yang cerah
namun tak pernah melupakan masa lampau.
Dan, setelah semua menjadi miliknya...
Berikan dia cukup rasa humor sehingga ia dapat bersikap sungguh-sungguh
namun tetap mampu menikmati hidupnya.
Tuhanku...
Berilah ia kerendahan hati...
Agar ia ingat akan kesederhanaan dan keagungan yang hakiki...
Pada sumber kearifan, kelemahlembutan, dan kekuatan yang sempurna...
Dan, pada akhirnya bila semua itu terwujud, hamba, ayahnya, dengan berani berkata "hidupku tidaklah sia-sia"
General Douglas MacArthur (May 1952)
kawan2 yg ditag:1.cikita
2.amanda etiqaz
3.sunah

thnks ye dah join ... banner awak tu salah la ... banner contest ni kan sye dah bgi tu yg ade gamba senja tu .. hee cepat gnti ye ..
ReplyDeletegood luck
waaaaaaaaaa ... ni bru betul .. hehehe .. dah bace dah semalam .. huhuh best best .. nak minta aja sikit bole x ?
ReplyDelete